[Sign In]
About Us
Syarikat ini telah ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1 Januari 2011 dibawah Akta Syarikat, 1965 sebagai Syarikat Persendirian Terhad. Melihat pada tarikh tertubuhnya syarikat ini, ternyata bahawa ianya masih memerlukan pengalaman yang lebih untuk peningkatan dalam pemasaran produk.

Pusat lokasi bagi syarikat ini adalah terletak di Taman Kingfisher, 88450, Kota Kinabalu, Sabah. Ia hanya memerlukan kira-kira 30 minit masa perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu dan hanya 5 minit dari Universiti Malaysia Sabah. Syarikat ini diuruskan oleh empat orang individu. Individu-individu ini mempunyai tugasan masing-masing seperti pengurusan, kewangan dan pemasaran, mereka-bentuk grafik dan operasi.

Nama syarikat ini adalah berasaskan daripada hubungan yang erat dikalangan ahli dalam syarikat pencetakan Sukses Bersaudara. Aktiviti utama Syarikat Sukses Bersaudara ialah mereka-bentuk grafik bagi tujuan komersial dan promosi untuk semua sektor sama ada awam atau swasta. Antara kegiatan utama Sukses Bersaudara ialah mereka-bentuk grafik kad perniagaan, kain rentang jenis PVC, banting, baju untuk tujuan percetakan tekana haba dan skrin sutera. Selain daripada itu, Sukses Bersaudara juga mereka-bentuk logo untuk sulaman dan brosur. Tambahan pula syarikat ini juga menyediakan sendiri perkhidmatan percetakan pada baju menggunakan tekanan haba dan kain sutera. Syarikat ini juga turut terlibat sebagai ejen perantara kepada syarikat pengeluar baju, jersi, perkhidmatan sulam, kain rentang, bunting, brosur dan juga cenderamata. Kesemua ini dihasilkan dalam penghasilan skala besar.

Main Menu
Categories

Copyright © suksesbersaudara. All rights reserved. Manage by mastermind
Manage Website

More in www.mariniaga.com
mastermind