[Sign In]
Product and Service
Syarikat Sukses Bersaudara ialah syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
1) Membekal
2) Mencetak
3) Mereka-bentuk
4) Menerima tempahan
5) Menjual

Atara produk yang dibekalkan adalah T-shirt dan kalender. T-shirt yg kami bekalkan adalah sangat berkualiti dengan harga murah dan berpatutan.



 

 

T-Shirt

Perkhidmatan percetakan t-shirt kami adalah khas untuk t-shirt tidak berkolar, t-shirt berkolar, jaket, topi dan sebagainya. Untuk baju yang berwarna hitam, cetakan akan hanya dikenakan bayaran sebanyak rm9.50. Tetapi penambahan warna atau tempat  cetakan akan dicaj sebanyak rm1.50. Minimun tempahan adalah 20 baju berserta cetakan dan untuk baju hitam, minimum tempahan adalah 50 helai baju. Saiz yang telah disediakan adalah XS, S, M, L, dan XL. Tempahan untuk baju yang kurang daripada 100 helai boleh disiapkan dalam masa 4 hingga 5 hari dan tempahan untuk baju yang melebihi 100 helai pula boleh disiapkan dalam masa 7 hingga 10 hari.


[Contoh T-shirt]

 

 

Brosur

Perkhidmatan brosur yang akan kami sediakan adalah kami menggunakan warna yang penuh(4C) dan kertas saiz terbuka A5 (148.5mm x 210mm), A4 (210mm x 297mm), A3 (420mm x 297mm), A2 (594mm x 420mm). Selain itu, jenis-jenis lipatan yang kami sediakan adalah seperti lipat separuh, lipat-C, lipat-Z, lipat dua kali, dan lipat-M. Bahan-bahan kertas yang kami gunakan adalah 80gsm kertas simili,100gsm kertas simili, 105gsm kertas seni, 128gsm kertas seni, 157gsm kertas seni dan 260gsm kad seni. Format fail yang digunakan adalah .pdf dan .cdr. Proses untuk menyiapkan brosur adalah 4 hari bekerja.


[Contoh brosur yang siap]

 

 

Sepanduk

Untuk perkhidmatan sepanduk, rekaan dan jenis-jenis yang kami sediakan adalah seperti sepanduk dengan H-standee, bendera dengan standee bergulung, bendera dengan standee labah-labah dan bendera dengan T-standee. Kami juga menggunakan semua warna(4C) dalam pencetakan kami. Bahan-bahan yang digunakan adalah kain terpal dan synethnic. Format fail yang kami gunakan adalah .pdf dan .cdr. Proses untuk menyiapkan sepanduk adalah selama 14 hari bekerja.


[Contoh sepanduk yang siap]

 

 

Kad Nama

Perkhidmatan kad nama kami menggunakan pencetakan semua warna (4C). Bahan-bahan yang kami gunakan adalah 260gsm kad seni, 260gsm kad seni + matt laminasi (D), 260gsm kad seni + matt Laminasi(D) + Spot uv(S), 260gsm kad seni + laminasi gloss (D), 230gsm Linen Halus, 230gsm Vena Halus, 230gsm Moden Timbul, 200gsm Pvc dan 250gsm platinum putih. Format fail yang disediakan adalah .pdf dan .cdr. Tempoh untuk menyiapkan kad nama adalah 3 hingga 5 hari bekerja.


[contoh reka bentuk kad nama]

 

 

Poster

Perkhidmatan poster kami adalah dengan menggnakan pencetakan semua warna(4C). Bahan-bahan yang kami gunakan adalah seperti 80gsm simili paper, 100gsm simili paper, 105gsm kertas seni, 128gsm kertas seni, 157gsm kertas seni dan
260gsm kad seni. Format fail yang kami sediakan adalah .pdf dan cdr. Proses untuk menyiapkan poster adalah selama 2 hari bekerja.


[contoh poster yang siap dicetak]

 

 

Pelekat

Produk kami yang seterusnya adalah pelekat, dimana perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelekat adalah kami menggunakan semua warna(4C) dalam pencetakan. Seterusnya, bahan-bahan yang kami gunakan adalah seperti kertas seni pelekat (normal putih berkilau), kertas simili pelekat (putih kasar), Transparansi Opp pelekat (plastik) dan  pelekat PVC putih. Format fail yang disediakan ialah .pdf dan .cdr. Proses untuk menyiapkan produk ini adalah selama 7 hari bekerja.


[Pelekat pada kenderaan atau rumah]

 

 

Risalah

Perkhidmatan untuk risalah juga menggunakan semua warna(4C) dalam pencetakan. Bahan-bahan yang digunakan adalah 80gsm kertas simili, 100gsm kertas simili, 105gsm kertas seni, 128gsm kertas seni, 157gsm kertas seni dan 260gsm kad seni. Format fail yang disediakan adalah .pdf dan .ai. Proses untuk menyiapkan produk ini adalah selama 4 hari bekerja.


[contoh risalah yang siap dicetak]

 

 

Kalendar

Produk yang terakhir dalam perkhidmatan kami adalah kalendar. Untuk mencetak kalendar, kami menggunakan semua warna(4C) dan pencetakan adalah pada kedua-dua belah kertas. Dua jenis kalendar yang kami sediakan ialah jenis dc1 dan dc2. Bahan-bahan yang kami gunakan adalah 190gsm kad seni dan230gsm kad seni. Format fail yang akan kami sediakan adalah .pdf, .cdr dan .ai. Proses untuk menyiapkan produk ini adalah selama 8-9 hari bekerja.


[Rekabentuk kalendar yang siap]

Main Menu
Categories

Copyright © suksesbersaudara. All rights reserved. Manage by mastermind
Manage Website

More in www.mariniaga.com
mastermind