KULIMPAPAT CGT SDN BHD

[Sign In]
Alamat Syarikat:

Lot 16, Tingkat 2,
Blok B Asia city Phase 1,
Lebuh Raya Pantai Baru,
88000 Kota Kinabalu,
SABAH
Alamat Surat Menyurat:

P.O.Box 435,
Tanjung Aru,
Kota Kinabalu
Nombor untuk dihubungi:

Tel: 088-213557
Fax: 088-215557
Mobile: 019-8218468


Tentang Kami

 

Kulimpapat Elektrik telah ditubuhkan pada tahun 1999, kemudian syarikat ini di naik taraf ataupun dikenali sebagai Kulimpapat CGT Sdn Bhd pada tahun 2004. Syarikat ini adalah milik bumiputera sepenuhnya. Aktiviti utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja sivil, bangunan, mekanikal, elektrikal, bekalan dan perkhidmatan.

Nama syarikat ini mempunyai maksud yang tersendiri. Kulimpapat adalah perkataan suku kaum Kadayan yang terdapat di sabah. Kulimpapat bermaksud Kunang-kunang ataupun Kelip-kelip. Kunang-kunang akan mengeluarkan cahaya pada waktu malam dan cahayanya boleh menjadi petunjuk arah, sumber cahaya (pendapatan) dan kekuatan kepada pengasas/pemiliknya. C pula ber,akma Cemerlang, G bermakna Gemilang dan T bermakna Terbilang bersesuaian dengan wawasan perdana menteri Negara kita.

Kulimpapat CGT Sdn Bhd ini telah di tubuhkan dan seterusnya didaftarkan sebagai sebuah syarikat kontraktor elektrik, awam, bekalan dan perkhidmatan dengan Suruhanjaya Tenaga, Pusat Khidmat kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dengan tujuan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang tersebut. Selain itu, adalah juga menjadi harapan dan destinasi kami syarikat ini akan berkembang menjadi salah sebuah syarikat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di Sabah dan Malaysia suatu hari kelak.

Setakat ini, syarikat ini telah Berjaya melaksanakan beberapa buah kerja/projek dengan jayanya. Kesemua kerja/projek berkenaan telah dikendalikan sendiri oleh pihak syarikat. Dengan hal yang demikian, keyakinan pihak-pihak berkenaan kepada syarikat ini semakin mantap. Di antara Badan/jabatan/Agensi yang telah memberikan mandate kepada syarikat ini termasuklah JPPS, UiTM, SESB, Jabatan Pendidikan dan lain-lain lagi. Keyakinan yang mereka berikan kepada syarikat ini adalahcukup membuktikan kesungguhan kami dan kemampuan kami dalam bidang perniagaan ini.

LOKASI PEJABAT KAMI

 



Copyright © KULIMPAPAT CGT SDN BHD. All rights reserved. Manage by razlan


More in www.mariniaga.com

razlan